HAQ Is Back! Throwback Haqiem Rusli Dalam Mentor Tamparan Buat Black?

Terasa bahang hangatnya pentas Mentor Mienia malam tadi dengan kehadiran penyanyi Haqiem Rusli.  ‘Kepulangan’ penyanyi muda ini membuatkan salah seorang Mentor, Black rasa tidak senang duduk. Eh, kenapa pulak?

Montaj momen-momen sewaktu Haqiem yang menggunakan nama pentas ‘Haq’ berada di pentas Mentor pada 2016 sebagai salah seorang protege telah dimainkan dan klip di mana Black tidak memilih Haqiem sebagai protegenya menjadi ‘highlight‘ malam tadi.

“Saya telah membuat pilihan dan pilihan itu tepat. Itu datang dari hati saya..Haq, abang minta maaf, abang pilih Qody,” kata Black dlm klip tersebut.

Pengacara Shuk, mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan reaksi dan komen dari Black yang dikatakan ‘sombong’  dengan Haqiem Rusli kerana tidak menghargai bakat penyanyi itu

“Kalau kita tengok tadi ada salah seorang mentor yang tak menghargai bakat Haqiem. Dia jenis tak perasan ke orang suara sedap camni? Kenapa Black masa tu sombong sangat dengan Haqiem Rusli?” tanya Shuk memandangkan Haqiem kini salah seorang penyanyi ‘BBNU’ yang begitu popular. 

Black mungkin telah menjangkakan yang kehadiran Haqiem pada malam itu akan disensasikan, hanya menjawab dengan tenang.

“Persoalan ni dah lama dah..ramai orang tanya..tapi masa tu ingat tak abang pernah cakap kat Haqiem yang Haqiem bukan untuk pertandingan, tetapi artis rakaman..boleh rakam lagu dan boleh jadi penyanyi.

“Dan sekarang kita tahu Haqiem sememangnya dah berada kat tempat yang sepatutnya,” jawab Black. 

 

Usai persembahan Haqiem yang menyanyikan lagu ‘Lembah Kesepian’ mendapat sorakan gemuruh dari penonton! Mengucapkan terima kasih kepada pihak Mentor Milenia dan TV3 kerana memberinya peluang untuk membuat ‘comeback’ ke pentas Mentor Milenia pada malam itu, Haqiem juga berkongsi tips dengan protege-protege Mentor Milenia 2019, Haqiem menasihatkan mereka untuk mendapatkan tidur yang secukupnya, untuk tidak berlatih dengan keterlaluan dan untuk mengkaji betul-betul bait-bait lirik dan intipati lagu yang akan dibawakan.

Kepada sesiapa yang ter’miss‘ persembahan hebat Haqiem dan protege-protege Mentor Milenia 2019 bolehlah menonton video penuh Mentor Milenia Minggu ke-5 di TV3 Malaysia Official

Del14