Haqiem Rusli Akui Semakin Pulih

Pernah dikecam kerana tampil dengan gimik depresi nya, kini Haqiem Rusli mengakui dirinya semakin pulih dari penyakit tersebut. Haqiem turut berkongsi perkembangan terkini beliau menerusi akaun twitter miliknya itu dengan mengatakan keadaannya semakin baik jika dibandingkan dahulu. 

Perubahan dan perkongsiannya itu, sekaligus membuatkan peminat-peminatnya berasa gembira dengan keadaan beliau sekarang. Disamping itu, Haqiem juga berjanji untuk meningkatkan mutu persembahan beliau serta kemahiran beliau berkomunikasi bersama rakan media mahupun peminatnya.

“Saya sudah semakin pulih sekarang, lebih baik dari Haqiem yang dulu, dari segi ‘improvement’ ketika membuat persembahan, kemahiran komunikasi dan perkara-perkara berkaitan muzik. Setiap hari saya belajar untuk menjadi seorang insan yang lebih baik untuk buat kita semua tersenyum,” Katanya

Apapun, tahniah buat Haqiem Rusli kerana mengambil pengajaran terhadap kesilapannya yang terdahulu. 

Salma Syahbuddin