Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Selepas satu, satu kecaman yang awak kena hadap dik. Tabahlah ya!

Selepas penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bahawa dirinya bakal bersara daripada industri seni, pelbagai reaksi diterima olehnya.

Ada yang memujuk Haqiem untuk terus kuat dan ada pula yang terus mengecam. Katanya Haqiem mengada-ngada pula. Ish, tak baik korang cakap begitu tau.

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya atas apa yang terjadi.

“ Saya pelik dan sedih. Ada di antara rakan artis yang mengkritik selepas pengumuman saya untuk bersara tular, sedangkan saya tiada masalah pun dengan mereka. Hal ini yang membuatkan saya tertekan.

” Nyanyian adalah kerja saya untuk menghiburkan peminat. Tapi bagi yang di luar sana, mereka tak akan faham.

“ Mereka akan cakap apa yang berlaku ini (tujuan sebenar) nak buat gimik atau cari perhatian.

“Saya tak kisah, suatu hari nanti, kalau ditimpa susah… Saya pernah susah. Saya memang orang susah kerana berasal dari kampung,” katanya kepada BH online.

Hal ini dimaklumkan ketika pengacara popular Faizal Ismail bertanyakan kepada Haqiem sendiri di sebuah acara di Perak.

Penyanyi popular dengan lagu Tergantung Sepi ini mengejutkan peminat apabila memberi bayangan akan bersara daripada bidang muzik melalui catatan Instagram.

Sebelum ini, Haqiem dikatakan berdepan masalah kemurungan dan sering menjadi mangsa buli siber.

 

SGMS Faida