Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Satu hal yang mengejutkan apabila kelab peminat yang sudah lima tahun ditubuhkan akhirnya dibubarkan. Kenapa agaknya tu? 

Umum tahu, kelab peminat yang menyokong karier seni pelakon dan penyanyi Fattah Amin antara yang teraktif sejak beberapa tahun lalu.

Hal ini turut dikongsi oleh admin thefa_team menerusi laman Instagram mereka, semalam. Difahamkan, akaun Instagram itu telah dinyahaktif. 

 

Tak apalah Fattah. Masih ramai di luar sana lagi yang menghargai bakat Fattah dan akan menyokong karier walaupun tanpa kelab peminat. Paling penting, Fattah mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan isteri tersayang. Jangan rungsing ok, Fazura sentiasa ada untuk Fattah! Hehe

 

SGMS Faida