Wow! Fasha Sandha Cium Dan Peluk Erat Aidil Aziz?

Kebelakangan ini, Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz kelihatan sering bersama seperti mempunyai hubungan istimewa. Adakah benar mereka menjalinkan hubungan istimewa? Ini kerana, kemesraan mereka jelas menimbulkan spekulasi dan menjadi ‘buah mulut’ orang ramai. Namun, Aidil Aziz menafikan spekulasi tersebut kerana mereka hanya berkawan baik.

Bagaimanapun, tindak-tanduk Fasha dan Aidil seolah-olah mereka merupakan pasangan kekasih. Isu ini timbul apabila video mesra mereka berpelukan tersebar luas dan jelas sekali Fasha siap mencium tangan Aidil lagi.

Malah, Fasha pernah memberitahu yang dia kini sangat bahagia. Namun, masih belum mahu mendedahkan identiti jejaka yang membahagiakannya, kerana tidak mahu pengalaman lepas berulang kembali.

Nampaknya, hubungan Fasha dan Aidil masih menjadi tanda tanya. Mungkin mereka mempunyai sebab tertentu tidak mahu mengumumkan hubungan mereka kepada umum. Jadi, kita semua hanya perlu mendoakan yang baik-baik sahaja ya!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops