Masihkah anda ingat kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly sekitar setahun yang lalu, yang banyak menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya.

Di saat itu, ramai yang takut untuk mendekati Iqram kerana dianggap diri pelakon itu sudah tidak waras setelah pemergian abahnya. Malah, Iqram dituduh mengamalkan ilmu kebatinan yang salah kerana berkelakuan aneh dan melontarkan kata-kata kesat kepada netizen.

Namun begitu, Iqram Dinzly tampil dengan memberitahu berkat 10 malam terakhir Ramadhan telah memberi kesedaran buat dirinya. Dia menemui kembali dirinya yang dulu dan dapat hidup seperti manusia normal sekarang.

Tidak dinafikan, Iqram juga rindu untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan. Namun, dia masih tidak mendapat sebarang tawaran sejak beberapa bulan lepas akibat isu  yang mengatakan beliau tidak waras.

Apa-apa pun, kami di xtra berharap agar Iqram Dinzly terus cekal dan kuat untuk bangkit dari apa yang sudah berlaku. Sama-sama kita bagi kata-kata semangat untuk diri Iqram ya!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops