“Hari Ini Rasmi Hamdee Sebagai Anak Angkat Saya..” Hafiz Hamidun Kongsi Rasa Syukur

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi rasa syukur apabila anak jagaannya, Hamdee Hafiz, kini secara rasmi menjadi anak angkatnya.

Menurut Hafiz, dia telah mengasuh Hamdee selama lebih dua tahun.

“Alhamdulillah, setelah lebih dua tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur,” tulis Hafiz.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan Hamdee dan berharap agar anaknya itu terus mendapat kasih sayang yang sempurna sehingga dewasa.

“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut dibanjiri rasa syukur dan doa dari netizen dan rakan-rakan artis yang lain.

Terdahulu, Hafiz mengumumkan tentang pengambilan anak angkat ini pada 10 Mac 2020.

Fatin Nurain