’Harus Mengaji Selama 24 Jam’- Opick Diberi Amanah Simpan Rambut Nabi Muhammad SAW

Penyanyi nasyid Indonesia, Opick diamanahkan oleh Dewan Ulama Thariqah Antarabangsa dan kerajaan Turki untuk menjaga sehelai rambut milik Nabi Muhammad SAW sepanjang hayatnya.

Menerusi portal Kapan Lagi, penyanyi ini menceritakan dia pernah mengalami mimpi luar biasa.

“ Saya mimpi bulan dan bintang jatuh di halaman. Kemudian bintang itu diletakkan di tangan saya. Ada seseorang beritahu saya bahawa Imam Mahdi dan Nabi Muhammad SAW akan datang.

“Ini adalah satu berkat untuk kita semua. Saya membawa sehelai rambut milik Nabi Muhammad SAW iaitu seorang insan yang dicintai ramai umat di seluruh dunia.

“Syarat untuk menjaganya haruslah mengaji selama 24 jam dan jangan diabaikan. Di Turki ada individu yang menghafal al-Quran diamanahkan menjaga tempat tersebut,” cerita Opick.

Menurut Opick, dia bakal membina sebuah bangunan khas bagi menempatkan rambut Rasulullah SAW itu.

Difahamkan, buat sementara waktu, ia disimpan di kamar peribadi di rumahnya.

“ Rambut ini akan disimpan di rumah saya sebelum dibangunkan sebuah tempat besar sebagai pusat Islam.

“Sementara di rumah saya, saya tidur di bilik ibu saya. Pada malam hari saya sentiasa berbisik ‘Ya Rasulullah SAW, sudah dekat aku mencium wajahmu’,” cerita Opick. – Malaysia News Hub.

SGMS Faida