Categories: Trending

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Kontroversi melibatkan kehidupan rumah tangga beliau bersama Bella Astillah masih belum reda, namun pelakon dan penyanyi ini nampaknya sekali lagi menjadi topik hangat apabila timbul pula kontroversi baru mengaitkan dirinya di Twitter! 

Laman twitter dikatakan ‘ panas’ seketika apabila sekeping gambar menyerupai Aliff Aziz dimuat naik oleh netizen  dan kelihatannya penyanyi itu tidak memakai baju.

Apapun, tindakan netizen menyebarkan gambar tersebut bertujuan untuk menunjukkan sikap sebenar Aliff Aziz yang nyata tidak pernah serik dengan tindakan beliau sebelum ini terutamanya kepada isteri beliau, Bella Astillah.

Walau bagaimanapun, gadis yang dikenali sebagai @nismelll_ mendedahkan di laman instagram menafikan bahawa dia mengenali penyanyi itu.
Namun begitu, sebilangan besar netizen tidak mempercayai apa yang diperkatakan gadis itu kerana Aliff juga merupakan salah seorang pengikutnya di laman sosial tersebut. Alamak, kantoi?
Salma Syahbuddin