Hebat! Anuar Zain Kini Bergelar Usahawan Serum

Di usia 48 tahun, penyanyi Anuar Zain kini maju setapak lagi dalam karier nyanyian apabila menceburkan diri dalam perniagaan.

Beliau ketika ditemui XTRA baru-baru ini memaklumkan kini sedang sibuk mempromosikan produk serum di bawah jenama Allevier miliknya bersama rakan kongsi.

“ Umum tahu saya seorang yang amat mementingkan penampilan daripada rambut sampai ke kaki. Bagi saya, ‘first impression is important’.

“ Disebabkan itu saya memberanikan diri terjun dalam dunia perniagaan produk penjagaan wajah di bawah jenama Allevier. Produk serum ini menggunakan bahan premium yang kaya dengan vitamin E,” ulasnya yang juga pengguna tegar Allevier.

Kata penyanyi lagu Bila Resah ini, produk Allevier ini dilancarkan sejak 12 Disember lalu dan mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

“ Antara pengguna terawal serum Allevier adalah ibu saya sendiri. Usia beliau 67 tahun dan memiliki jeragat. Sudah sebulan dia mengamalkan serum ini, Alhamdulillah nampak perubahan baik,” katanya.

Anuar turut memberitahu serum Allevier ini merupakan seratus peratus produk tempatan dengan menggunakan intipati selamat.

“ Mungkin ramai yang skeptikal terhadap produk tempatan dan membandingkan dengan produk dari luar negara.

“ Harus tahu, di Malaysia sendiri kita memiliki banyak produk berkualiti setanding luar. Jika bukan kita sendiri yang bangga dengan produk tempatan, siapa lagi,” akhirinya tersenyum.

Buat masa ini serum Allevier hanya dijal menerusi laman sosial yang diwakili oleh agen dan stokis terpilih. Produk dijual pada harga RM 100 untuk 30 ml.

SGMS Faida