Heboh Cuti Bersalin Dr Amalina Setahun, Dapat 5 Bulan Gaji Penuh… Netizen Senaraikan Syarikat Tempatan Tawar Manfaat Sama

Baru-baru ini, nama doktor pakar bedah Dr Amalina Che Bakri menjadi perbualan di media sosial berhubung cuti bersalin melebihi setahun.

Ekoran itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkejut atas pendedahan yang dibuat Dr. Amalina.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Menerusi sebuah ciapan tular sejak kelmarin, seorang pengguna Twitter memuat naik dua tangkap layar yang dipetik daripada Instagaram Story Dr. Amalina.

Menerusi hantaran pertama, Dr Amalina berkata, dia diberi pilihan untuk mengambil cuti selama setahun, namun dia memilih sepuluh bulan saja serta menerima gaji penuh untuk lima bulan pertama.

“Saya boleh ambil cuti bersalin selama satu tahun. Saya rasa saya akan ambil cuti 10 bulan supaya Alex (suami) boleh berkongsi cuti ibu bapa.

“Gaji penuh selama lima bulan pertama di tempat kerja saya, kemudian ia akan menjadi cuti bersalin berkanun bergaji dibayar oleh pihak kerajaan.

“Setiap organisasi dan syarikat ada polisi yang berbeza, jadi ia bergantung di mana anda bekerja,” ujarnya.

 

Perkongsian Dr. Amalina itu membuatkan segelintir netizen menimbulkan pertikaian.

Bagaimanapun, menerusi ciapan sama, ada seorang individu yang berkongsi antara syarikat di Malaysia menawarkan cuti bersalin selama empat bulan seperti IKEA.

Ciapan tersebut turut dibanjiri dengan nama syarikat-syarikat lain yang turut menawarkan cuti bersalin bermanfaat kepada pekerja mereka.

Aqilah Paharuzi