Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura telah berjaya mencipta rekod tersendiri apabila konsert pertamanya, Faztival Fazura 2022 mendapat sambutan ramai yang bertempat di Axiata Arena pada Ahad lalu.

Fazura turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminatnya.

“Terima kasih kerana hadir ke Konsert Faztival Fazura. Saya berasa sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa ini dengan kehadiran peminat dan juga mereka yang memberikan sokongan,” katanya kepada Gempak.

Lebih membanggakan, Fazura juga mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Untuk info, konsert yang diadakan pada Ahad lalu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis tempatan dan artis antarabangsa.

Antara barisan artis adalah Ella, Zizi Kirana, Ruffedge, Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ippo Hafiz, Amir Masdi, Mulan Jameela dan Ahmad Band.

Atiqah Johari