[VIDEO] “Bila Ajak Berdrama Untuk Content, Berani” – Ifa Raziah Bangga Dapat Buktikan Nyanyi Dengan Bagus

Penyanyi kontroversi, Ifa Raziah telah diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dari program Terpaling Juara pada Ahad lalu selepas tiga minggu tiada penyingkiran.

Susulan itu, Ifa memuat naik sebuah hantaran yang memperlihatkan dirinya sedang ditemu bual oleh beberapa orang wartawan selepas program berakhir.

Menerusi hantaran tersebut, kapsyen yang ditulis Ifa dilihat seperti menyindir wartawan yang melakukan kandungan berani sehingga dia menerima kecaman teruk daripada warganet.

“Gitewlah wartawan sekarang… Bila ajak ber’drama’ untuk content berani, sampai satu Malaysia makikan Ifa. Bila suruh cover balik, senyap… Tak berani, takutlah tu dengan netizen… Hurmm,” tulisnya.

Namun begitu, Ifa tetap berasa bangga dengan dirinya yang berjaya mempersembahkan nyanyian yang baik berbanding minggu sebelumnya.

“Hari ini Ifa cukup berbangga dengan diri sendiri dan berjaya membuktikan boleh menyanyi dengan bagus berbanding minggu sebelum ini dan Ifa juga mendapat pujian juri.

“Ini adalah kalah yang bermaruah! Apapun yang berlaku! Saya Tetap Ifa Raziah!,” ujarnya lagi.

Tambah, Ifa turut percaya bahawa rezeki yang lebih besar menanti dirinya.

“Ifa percaya ada rezeki yang lebih besar sedang menanti Ifa.. Usaha tidak akan mengkhianati hasil! Semoga dipermudahkan segala urusan Ifa… Aamin Ya Rabbal Al Amin,” jelas Ifa.

Atiqah Johari