Bapa Elfira minta Sufian Suhaimi Move On

Nampaknya isu putus tunang Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih belum surut lagi! Selepas kenyataan demi kenyaataan yang dipaparkan di media, bapa Elfira Loy tampil mengingatkan Sufian agar berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan. Nampak macam tak move on lagi pun ada…

Menurut Ahmad Sabri Ariffin, bekas tunang anaknya itu perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bagi menjaga hati semua pihak.

“ Sejak kebelakangan ini, Sufian kerap mengulas isu berkenaan walhal keluarga kedua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian Online, bapa Elfira menasihatkan Sufian tidak perlu ‘bermain’ dengan isu ini lagi.

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda dah tamat,” katanya.

Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, spekulasi ikatan pasangan ini goyah mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Dalam masa sama, Sufian dinasihatkan tidak lagi memberi apa-apa komen mengenai hal ini lagi.

” Terima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” akhirinya.

SGMS Faida