Altimet Nafi Serang Malique?

Lagu nombor 9 trending di Malaysia, Mambang kini mencapai 746,332 jumlah tontonan sejak ia dilancarkan pada akhir bulan lalu. Namun, lagu ini telah disalah ertikan oleh segelintir netizen yang menganggap bahawa lagu Mambang merupakan lagu yang dibuat untuk “menyerang” Malique. 

Menurut, Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman beliau menafikan bahawa single terbarunya yang berjudul  Mambang ini secara tidak langsung ada kaitan dengan Malique. 

“Saya sudah jelaskan dengan panjang lebar di Twitter, namun masih ada yang berpendapat kononnya saya menyindir Malique dalam lagu itu. Jadi saya tak boleh buat apa-apa.” Katanya

 

Tambahnya lagi, lagu Mambang ini bersifat abstrak mengikut konsep yang dicetuskannya iaitu aku lawan aku dan jika disalah ertikan setiap bait-bait lirik dalam lagu tersebut, masyarakat secara tidak langsung akan menuduh bahawa Altimet menulis lagu ini untuk tujuan  menyerang individu lain.

“Lagu itu sebenarnya satu perbualan antara diri saya yang dulu dan sekarang, ia seperti monolog atau seolah-olah saya berlawan dengan diri sendiri. Mendengar lagu ini seolah-olah saya marah dengan diri sendiri, cuma orang akan fikir saya marah individu lain. Orang fikir saya marah dengan rapper lain pula, logiknya begitulah. Apabila saya dilihat agak otai, orang mesti ingat saya cuba “serang” rapper otai lain.” Jelasnya lagi.

Apapun, lagu yang penuh kontroversi ini mendapat sambutan daripada peminat Altimet sendiri dan jelas sekali ramai yang sukakan lagu tersebut. Kalau tidak, takkan lah sampai jadi lagu trending kan? Good job Altimet!

Salma Syahbuddin