Hidap Kanser Tahap Tiga, Nor Azifah Sedih Rambut Gugur… Nekad Botakkan Kepala – “Saya Perlu Kuat Semangat Untuk Lawan”

Pelakon drama, Nor Azifah nekad membotakkan kepala selepas mengalami rambut gugur akibat rawatan kemoterapi.

Menurut laporan Harian Metro, Nor Azifah atau nama lengkapnya Nor Azifah Zainon Abidin, 59, mengakui berasa sedih dengan keadaannya yang disahkan menghidap kanser payu dara tahap tiga.

“Apabila lihat rambut sudah mula gugur, saya tak nafikan ada rasa sedih di hati. Tapi, saya sedar perlu sentiasa positif dan kuat semangat melawan penyakit ini demi keluarga kerana saya pun ada anak yang masih kecil.

“Alhamdulillah, selepas nekad botakkan kepala, saya jadi selesa dan tak rasa ‘down’ lagi. Saya juga pastikan diri aktif melakukan kerja-kerja di rumah walaupun ada rasa pening sedikit.

“Kalau tak pening teruk dan boleh buat, saya memang buat,” katanya.

Tambah pelakon dram Istidraj ini lagi, dia bersyukur apabila ramai pihak yang menghulurkan bantuan untuk menbiayai kos rawatan  kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Selepas berita keperitan saya disiarkan Harian Metro baru-baru ini, dapatlah juga mengumpulkan kira-kira RM3,000, hasil sumbangan orang ramai. Terima kasih banyak dan Allah saja dapat membalas kebaikan anda itu.

“Alhamdulillah, ada yang derma RM1, RM3 sehinggalah RM50 dan saya amat bersyukur serta berterima kasih. Malah, ada juga penderma daripada kaum Cina yang sudi juga menghulur sumbangan, terima kasih.

“Tapi, kalau ada yang sudi membantu saya lagi, boleh ke akaun Maybank 114013153925 atas nama Nor Azifah Zainon Abidin). Memang saya rasa malu, namun ini antara ikhtiar juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nor Azifah memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatan selepas disahkan menghidap kanser payu dara tahap tiga, Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

ARTIKEL BERKAITAN: Serina Menangis Sepuasnya Dapat Tahu Cef Wan Hidap Kanser Limfoma – “Hati Saya Berkecai…”

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi