Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Anis kelihatan melakukan video transition menunjukkan wajahnya tanpa memakai sebarang solekan (naked face) kemudian menunjukkan dirinya dengan pakaian berbeza beserta solekan di wajahnya.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet apabila ramai yang membandingkan penampilannya dahulu lebih sopan berbanding sekarang.

 

Lebih mengejutkan, terdapat individu yang berani tampil memberikan cadangan agar isteri kepada pelantun lagu Mimpi ini menambah baik kemahirannya atau ‘level up’ setiap kandungan video yang dimuat naiknya.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan juga menasihati agar Anis mempelajari bahasa inggeris atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi agar setiap video yang dimuat naik tidak kelihatan seperti ‘rempit’.

“Cuba belajar bahasa Inggeris sikit-sikit. Lepas tu dapat ilmu sikit-sikit, sambung belajar pun okay.

“Kalau you post macam ni agak rempit sikitlah. If you go further mungkin tak lah kena kutuk je.

“You cantik, tapi kena pandai pilih something to post atau pilih kapsyen yang bagus. Tengok macam model lain,” katanya.

Selain itu, rata-rata pengikut Anis bersetuju dengan pendapat yang diberikan individu terbabit, malah meminta isteri Haqiem Rusli menjadikan Intan Najuwa sebagai inspirasinya dek kerana aktres berkenaan di label sebagai ‘beauty with brain’.

 

Salma Syahbuddin