“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Beberapa hari lepas, ramai netizen yang begitu aktif membuat hashtag #Zulofa dan mendoakan agar Zul Ariffin dan Neelofa segera bercinta. Namun, pelakon kacak ini nampaknya sudah tidak hairan dengan tindakan netizen yang mahukan beliau bercinta dengan heroin yang digandingkan bersamanya dalam mana-mana drama. 

Tetapi bagi kekasih kepada pelakon kacak Zul Ariffin, Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral. Namun, bila ditanya mengenai hubungan cinta mereka, Zahirah enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“Cukup sekadar saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung, tapi saya enggan komen lanjut mengenai hubungan kami. Saya dan Zul tak bergaduh atau bermasam muka. Saya mohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya memberikan komen berlebihan. Banyak hati yang saya perlu jaga dan saya juga tak nak babitkan pihak lain.”

“Sekarang, masing-masing sibuk dengan tawaran lakonan. Lebih baik kami memberikan fokus terhadap kerjaya. Tahun lalu, saya terpalitdengan beberapa kontroversi. Jadi saya mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran. Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan. Saya juga mahu memberikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminat yang tidak henti menyokong saya selama ini.” Jelas Zahirah

Dalam perkembangan lain, Zahirah McWilson bakal muncul dengan sebuah drama bersiri 16 episod tidak lama lagi. 

Jangan Ketinggalan!

Salma Syahbuddin