“I Boleh Pakai Apa Saja Yang I Nak Kat Sini…” – Dapat Kad Hijau & Kuning, Sajat Kini Menetap di Australia

Kebelakangan ini, gempar dengan berita tentang usahawan kosmetik Nur Sajat, 36, yang memaklumkan dia kini menetap di Australia.

Terbaru, Sajat telah memuat naik satu kenyataan menerusi ruangan Instagram Story yang menyatakan dia sudah menerima kad hijau serta kuning dan itu bermakna Sajat secara rasminya sudah menetap di Australia secara tetap.

Dalam pada itu, Sajat menerusi akaun media sosial berkongsi rumah baharunya di Canterbury, New South Wales, Australia.

“My new home, tak sabar nak balik rumah baru,” tulisnya.

Sajat sebelum ini berkata, dia tidak akan pulang lagi ke Malaysia melalui siaran langsung di Instagram miliknya.

“Sekarang I stay dekat Australia, I citizen sini,” katanya.

Sajat yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan dia berasa sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri.

“I boleh pakai apa saja yang I nak kat sini, so I tak mengganggu sesiapa pun.

“I’m very happy right now, and I punya gender pun dah wanita, kat sini diorang boleh accept,” jelasnya.

Apabila ditanya tentang bisnes, Sajat berkata dia sudah menjual kesemua perniagaannya kerana ingin memulakan segalanya yang baru di Australia.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Sajat telah ditahan Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana mempunyai pasport tidak sah.

Sajat juga memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.

Untuk info, pada 23 Februari lalu, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal untuk hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Arfah