’I Don’t Watch Malay Theater’- Erma Fatima Sindir Siapa Tu?

“I don’t watch Malay theater!” sindir pelakon dan pengarah, Erma Fatima di laman Instagram miliknya, hari ini.

Dalam status terbaru dimuat naik pengarah dan pelakon Mok Cun itu, Erma menyindir segelintir masyarakat tempatan yang ‘pilih kasih’ memilih karya teater ditonton.

“Tapi bila teater luar negara, berduyun-duyun datang IB (Istana Budaya).

“Aku dah tahu apa ‘uol’ akan jawab! Nak tengok teater Melayu macam mana kalau ‘hampeh’.

“Teater luar negara sanggup bayar tiket walau pun mahal, teater Melayu? ‘Call’ merata-rata sebab nak tengok ‘free’,” tulisnya.

Erma menulis, selepas menonton secara percuma dicari pula kesalahan dan kemudian dikutuk seolah-olah teater Melayu tiada nilai langsung.

“Malam tadi aku berdiri dalam kelompok mereka yang elit menonton Phantom of The Opera.

“Rasa janggal juga tengok orang Malaysia pakai bukan main lagi macam nak pergi parti, siap sut dan gaun,” tulisnya lagi.

Dia turut menyindir dengan soalan mengenai dakwaan orang tempatan tidak pandai etika pakaian apabila masuk panggung.

“Boleh pun… tapi… #nasiborangseni” luahnya pedas.

Status itu mendapat perhatian ramai peminat dan anak seni lain terutama mereka yang aktif dan pencinta seni pementasan.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida