I Love You Mr Clown Pamer Sisi Romantik Nabil Aqil & Yuna Rahim

Drama terbaharu I Love You Mr Clown akan mengisi slot Lestary bermula 30 Januari 2023 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9.30 malam.

Drama bersiri 13 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Eizlan Yusof, Farisha Irwayu, Natasha Elyzza dan Alif Hadi.

 

I Love You Mr Clown berkisarkan tentang Fariz lakonan Nabil Aqil yang bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser.

Namun, Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkan kerja.

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk.

 

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepada bapanya.

Berjayakah Fariz dan Nisa membendung ketakutan mereka dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Love You Mr Clown pada setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang drama kesukaan anda, layari Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

 

 

Salma Syahbuddin