“I Wanna Duet With You” – Masih Berusaha Dapatkan Perhatian, Fathia Latiff ‘Puji’ Gusi Zahirah Macwilson?

Pelakon sensasi Fathia Latiff masih belum berhenti untuk mendapatkan perhatian aktres jelita Zahirah Macwilson.

Menerusi hantarannya di Instastory, Fathia menyatakan hasrat mahu berduet bersama Zahirah di TikTok namun butang duet tidak diaktifkan oleh isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu.

Berdasarkan tinjauan XTRA, video yang dimaksudkan itu memaparkan Zahirah sedang menari sambil mengusap ‘baby bump’.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Ariana Rose ini turut memberi pujian kepada gusi Zahirah di dalam video tersebut.

“Omg girl, I wanna duet with you by the way loving your gum,” tulisnya.

Terdahulu, Fathia menjadi bualan hangat apabila menggelarkan wajah Zahirah seperti seorang bibik.

Malah, dia bertubi-tubi mengecam kedua pasangan suami isteri berkenaan namun Zahirah dan Aiman tidak memberi sebarang respons terhadap tindakan Fathia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “I Really Thought She Is…” – Masih Tak Berpuas Hati, Fathia Latiff Perli Gaya Zahirah Macwilson Cakap Bahasa Inggeris?

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

Maya Basir