IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Vokalis kumpulan IamNeeta, Neeta menjelaskan mereka mempunyai sebab tersendiri single terbaharunya berjudul Ilusi terpaksa ditangguh setahun.

Katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Ilusi di Neway Karaoke petang tadi, gadis berusia 25 tahun ini mendedahkan mereka berdepan dengan masalah teknikal.

“ Bayangkan selepas lagu ini siap dan disimpan dalam external hard disk tiba-tiba musnah. Jujurnya, kami agak kecewa juga tetapi ada hikmah di sebalik kejadian itu. Kami berpeluang masuk ke studio dan merakam semula ‘Ilusi’.

“ Ada beberapa penambahbaikan dilakukan yang membuatkan saya lebih berpuas hati walaupun terpaksa menunggu sedikit waktu untuk lagu ini dilancarkan,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, pencipta lagu Ilusi Patrick Anohada menafikan lagu ini ada kena mengena dengan kisah peribadi.

“ Saya seorang observer yang suka melihat situasi sekeliling. Lagu ini dihasilkan mengikut kisah yang banyak terjadi dalam hubungan percintaan.

“ Bukan hanya berkisar hubungan percintaan bersama pasangan tetapi juga konkongan yang terjadi di kalangan keluarga dan lain-lain. Kita sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam setiap perhubungan yang kita jalin,” kata Patrick yang juga gitaris kumpulan IamNeeta.

Ilusi edaran NAR Records boleh didengarkan di semua platform digital bermula 4 April bermula jam 4 petang. Jom sokong lagu Ilusi nyanyian di IamNeeta di stesen radio kegemaran anda okay!

SGMS Faida