Categories: Trending

Misi Pencarian Ashraf ‘Acap’, Ustaz Ini Kongsi ‘Laluan’ Kini Dibuka!

Kehilangan Mohd Ashraf Hasan ‘Acap’, seorang pendaki ketika mengikuti Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu sehingga kini masih menjadi misteri dan mengemparkan rakyat Malaysia.

Pelbagai kisah timbul di media sosial berikutan kes ini, malah segelintir pihak  membuat kaitan antara kisah kehilangan Acap dan beberapa kisah pendaki lain yang hilang bertahun lalu.

Terbaru, Ustaz Norazri Medzlan dari Pusat Rawatan Terapi As-Syifa An-Nur turut membantu dalam  misi pencarian Ashraf yang telah memasuki hari ke 13 hari ini.

Menerusi perkongsian Ustaz Norazri di laman Facebook beliau,laluan ke alam ghaib  dipercayai tempat di mana Acap berada kini telah dibuka. 

sumber:https://www.facebook.com/pusatrawatanassyifa.annur.7

Perkongsian ini mendapat sehingga 7.9 k likes di laman Facebook. Menurut Ustaz Norazri lagi, Ashraf atau Acap mungkin hilang sewaktu beliau terjatuh ketika berlari, apabila beliau bangun beliau telah memasuki “alam” lain. Beliau juga turut menyatakan Acap menjatuhkan barang peribadinya tetapi tidak pasti apakah barang tersebut. 

Ustaz Norazri turut berkongsi video beliau menjejaki Acap ke lokasi kejadian di Bukit Putih, Perak. Saksikan video di bawah. Kami di Xtra mendoakan Mohd Ashraf Hasan “Acap” selamat pulang ke pangkuan keluarga 

                                                       

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”