Categories: HiburanTrending

Ibu Mentua Ajai Meninggal Dunia

Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan bahawa ibu mentuanya, Asma Hashim telah meninggal dunia, sebentar tadi.

Berita duka itu telah dikongsikan oleh Ajai menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Ajai turut memohon agar orang ramai mendoakan arwah ibu mentuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ajai bagaimana pun tidak menyatakan punca pemergian ibu mentuanya itu.

“Ibu mentua saya baru sahaja pergi bertemu Allah S.W.T. Minta sahabat-sahabat semua sedekahkan Al-Fatihah untuk Asma Binti Hashim semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Fatin Nurain