Categories: SelebritiTrending

Dakwa Rossa Sera ‘Kacau’ Urusannya, Status Fara Salleh & Shuk Sahar Pula Jadi Persoalan – “Nak Ganggu, Kau Tunggu Aku Cerai Ok?”

Tiada angin tiada ribut, pempengaruh Fara Salleh mendakwa bahawa bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengganggu hidup dirinya dan keluarga.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), Fara dilihat meminta Sera dan seorang lagi individu bernama Rohanah untuk tidak mengganggunya.

Malah, dia juga menegaskan bahawa permintaan tersebut adalah sebagai amaran terakhir untuk keluarga Sera.

“Rohanah & Rossa Sera. Stop ganggu hidup aku dan keluarga aku!!!! Stop ganggu semua urusan hidup aku. Last warning untuk keluarga ni,” tulisnya.

Pada hantaran lain pula, Fara menyifatkan Sera sebagai iblis dan hanya berlakon baik.

Bukan itu sahaja, Fara juga menyatakan untuk tunggu dirinya bercerai sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan terkininya dengan Shuk Sahar.

“Kalau kau nak ganggu sangat. Kau tunggu aku cerai ok? Tak payah acah acah baik padahal kau bapak segala iblis Sera,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fara mendedahkan bahawa dia dipukul berkali-kali dan telah membuat laporan polis ketika di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: “Kaki Batu, Penagih! Lega Dapat Pukul Aku?” – Tangan Berdarah, Fara Salleh Dakwa Dibelasah Berkali-Kali?

Terdahulu, Fara didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera dengan menjadi orang ketiga.

Artikel Berkaitan: “Siapa Jantan Ni?” – Gara-Gara Komen Netizen, Fara Salleh Dakwa Terima Ugutan & Warning Daripada Shuk Sahar?

Artikel Berkaitan: Bengang Fara Salleh Sebar Nombor Telefon, Rossa Sera Pula Dedah Kerap Dihina? – “Kau Panggil Anakku Pelac*r, Mak Ayahku Muka B*bi”

Artikel Berkaitan: Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

Artikel Berkaitan: Mohon Maaf & Doa Orang Ramai Sebelum Tunai Umrah, Netizen ‘Sound’ Fara Salleh Minta Maaf Dekat Rossa Serra – “Berhenti Kacau Laki Orang Lepas Ini”

Atiqah Johari