Categories: HiburanSelebriti

Ibu Niezam Zaidi Meninggal Dunia

Pelakon Niezam Zaidi memaklumkan ibunya, Rohayah binti Said, 56, telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Berita duka tersebut dimaklumkan Niezam atau nama lengkapnya Mohd Niezam Mohd Zaidi di Instagram Stories (IGs), kira-kira satu jam yang lalu.

“Tolong panjatkan doa buat mak saya.

“Semoga Allah rahmati kalian semua.

“Kepada yang mengenali mak saya, sekiranya ada apa-apa yang belum selesai, mohon DM atau jumpa saya,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, pelakon drama Segenap Takdir itu memaklumkan mengenai keadaanya ibu yang sedang sakit.

Khairil Khusyairi