Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir menulis dalam sebuah entri di Facebook beliau memberitahu orang ramai diminta tidak lagi menghantar hadiah kepada ibu dan bapanya.

Hasrat ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali itu disampaikan melaluinya yang mana sebarang pemberian boleh diberikan kepada rumah kebajikan.

“ Ibu amat bersyukur dan menghargai doa serta mesej yang disampaikan kepada mereka suami isteri.

“Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

“Ibu bapa saya akan terus menetap di kediaman mereka sendiri dan tidak akan berpindah ke Seri Perdana (kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya). Mereka lebih selesa tinggal di sana namun kediaman itu tidak mempunyai ruang yang besar,” kata Marina.

Sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dua minggu lalu, pasangan suami isteri itu terus menerima ucapan tahniah dan pelbagai kiriman hadiah.

Marina berkata, ibunya berharap orang ramai faham dengan permintaannya “jangan hantar apa-apa untuknya” walaupun Hari Raya bakal menjelang tiba.

“Sebaliknya beliau minta agar orang ramai menyumbangkannya kepada mana-mana rumah kebajikan dan itu lebih menggembirakannya,” katanya.

SGMS Faida