Categories: TECHTech News

Apple Tawar Kredit RM227.68 Untuk Penukaran Bateri Peranti iPhone 6

Semua pelanggan Apple yang sudah mengganti bateri iPhone 6 dan ke atas dengan menggunakan duit sendiri, kini boleh mendapatkan semula duit anda kerana Apple menawarkan wang pulangan sebanyak RM227.68.

Dalam satu kenyataan, pembuat iPhone berkata mereka menawarkan kredit RM227.68 kepada pelanggan yang mengganti bateri mereka dari 1 Januari 2017 hingga 28 Disember 2018. Tawaran ini hanya sah untuk mereka dengan peranti yang sudah tamat tempoh.

Apple juga berkata kredit turut akan diberikan kepada mereka yang menukar bateri di mana-mana cawangan sama ada Apple Store, Apple Repair Centre dan Apple Authorised Service Provider.

Duit pulangan untuk penukaran bateri ini akan dikreditkan melalui pindahan elektronik ke dalam kredit kad yang digunakan untuk membayar kos penukaran bateri.
Pelanggan yang layak untuk menerima tawaran ini akan diberitahu melalui emel bermula 23 Mei 2018 hingga 27 Julai 2018 bersama arahan untuk mendapatkan semula wang kos penukaran bateri. Manakala mereka yang belum menerima apa-apa emel boleh menghubungi pihak Apple selepas 1 Ogos 2018 hingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, tawaran ini tidak sah untuk mereka dengan peranti yang masih ada waranti.

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal