Ibu Siti Nurhaliza Dijangkiti Covid-19 – “Ya Allah, Jagakan Wali Keramat Saya”

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik dijangkiti wabak Covid-19, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti menyatakan dia mendapat berita tersebut selepas dirinya pulang daripada membuat persembahan di Konsert Siti Nurhaliza Music of The Soul yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

Menurut Siti, dia berasa lega dan bersyukur kerana ibunya tidak mengalamai simptom yang teruk selain sakit badan dan batuk ringan sahaja.

“Balik bilik tengok hp, dapat berita mak kena covid. Dapat cakap dengan mak baru lega.. mak cuma sakit sakit badan skit, batuk tak teruk.,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi yang disegani itu juga turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan ibunya.

“Alhamdullillah… Ya Allah jagakan Wali keramat saya..Doakan Mak salmah segera sembuh, Mak Kuat!,” katanya.

 

Fatin Nurain