Bijaknya! Gelagat Soraya Rakam Ain Edruce Menyanyi Dipuji Netizen – “Pandainya Letak Phone”

Gelagat anak pelakon dan pengacara Ain Edruce, Soraya yang merakam momen ibunya sedang menyanyi mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ain telah memuat naik video telatah anaknya yang cuba merakam dirinya ketika menyanyikan lagu Sisa Rasa, nyanyian asal Mahalini.

“Soraya nak practice do vlog like mummy youtube.. but mummy ni so noisy lah . Tired soraya,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya teruja melihat kepintaran Soraya mencari sudut yang baik untuk merakam gelagat ibunya, Ain.

Fatin Nurain