Ibu Syamsul Yusof Bertegas Tidak Akan Memaafkan Peruntuh Rumah Tangga

Konflik rumah tangga pasangan selebriti, pengarah Syamsul Yusof bersama pelakon, Puteri Sarah Ismail sehingga kini masih tiada noktah, malah semakin banyak dakwaan baru mula terbongkar.

Terkini, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik hantaran seakan menegaskan beliau tidak akan memaafkan pihak ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga anaknya.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” tulisnya di Instagram Story memaparkan gambarnya.

Sebelum ini, Patimah pernah memaklumkan menantu kesayangannya itu adalah permaisuri hati anaknya serta perkahwinan mereka direstui sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: “Puteri Sarah Permaisuri Hati Syamsul, Perkahwinan Direstui Keluarga Sepenuhnya” – Luahan Hati Patimah, Netizen Minta Ira Kazar Undur Diri

Artikel Berkaitan: “Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Susulan itu, baru-baru ini pengarah filem Mat Kilau itu berkata akan memberi kenyataan berhubung kemelut perkahwinan yang didakwa wujud campur tangan pihak ketiga, Ira Kazar iaitu anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Artikel Berkaitan: Bakal Leraikan Isu Satu Persatu, Syamsul Yusof Nekad Ingin Akhiri Kemelut Rumah Tangga – “Saya Harap Semua Bersabar”

Aqilah Paharuzi