Categories: HiburanSelebriti

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Pelakon Farah Nabilah memaklumkan mahu ‘berehat’ daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

Namun begitu, jangan salah faham. Apa yang dimaksudkan oleh heroin Kau Yang Pertama ini adalah ‘berehat’ daripada digandingkan dengan pelakon Fikry Ibrahim buat sementara waktu.

“Saya risau orang akan jemu dengan gandingan kami. Sebelum penonton jemu baik kami ambil langkah awal. Saya tidak kisah digandingkan dengan pelakon lelaki lain cuma dengan Fikry, rehat dulu.

“Saya ambil keputusan untuk rehat daripada digandingkan selama setahun dua ini. Insha Allah selepas itu saya sedia kembali digandingkan bersama semula,” katanya ketika ditemui di sesi ramah mesra barisan pelakon Kau Yang Pertama bersama peminat, semalam.

Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun ini menafikan alasan untuk ‘berehat’ daripada Fikry bukan kerana bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

“Bukan sebab saya nak berkahwin. Saya mahu memberi ruang kepada diri dan Fikry untuk mencuba dan meneroka peluang digandingkan dengan pelakon lain pula.

“Ada yang kata saya nak kahwin Oktober depan walhal saya akan terbang ke New York seterusnya ke Jerman pada September ini atas urusan kerja.

“Tidak timbul isu mahu kahwin atau sebagainya,” akhiri Farah.

SGMS Faida