Categories: HiburanSelebriti

Pertama Kali Tercalon ABPBH, Ini Reaksi Bella Dally!

Pertama kali tercalon dalam senarai top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 32, pelakon Bella Dally mengaku terkejut.

Kata Bella ketika ditemui Xtra, dia menyifatkan pencalonan ini sebagai hadiah daripada peminat yang menjadi nadi kuat dalam karier seninya.

“Saya bersyukur dan gembira peminat masih ingat saya. Melihat senarai calon semuanya hebat belaka.

“Kalau ada rezeki, siapa yang tidak mahu menang kan. Tambahan ini kali pertama saya tercalon, kalau ada rezeki untuk menang, sudah tentu saya gembira,” katanya yang tercalon dalam kategori artis sensasi popular kategori online.

Dalam perkembangan lain, heroin filem Desolusi ini baru sahaja memulakan perniagaan kosmetik keluaran jenama sendiri, Olumis.

“Olumis membawa maksud kecantikan dalam bahasa Sabah. Memandangkan saya juga merupakan peminat barangan kosmetik, saya terfikir kenapa tidak saya memulakan sesuatu.

“Selepas berbincang dengan suami, dia juga mengizinkan, Alhamdulillah Olumis bakal dilancarkan tidak lama lagi,” kata Bella yang baru sahaja tamat penggambaran untuk cerekarama TV3, baru-baru ini.

Oleh: Fas

SGMS Faida