Ikut Trend Sampah, Netizen Kritik Tindakan Jenama Pakaian Muslimah ‘Censored’ Wajah Marissa Dania – “Dia Jadi Isteri Kedua… Bukan Ditangkap Khalwat”

Tindakan jenama pakaian muslimah, Leeyanarahman mengaburkan wajah dipercayai pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran video di Instagram, jenama tersebut dikritik mengikut trend ‘sampah’ yang dikatakan boleh menjatuhkan air muka Marissa, iaitu anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim.

Trend tersebut mula timbul ekoran nasib menimpa pelakon kontroversi, Ruhainies dimana wajahnya turut dikaburkan oleh jenama produk kesihatan, baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen muat naik tersebut, rata-rata netizen menganggap tindakan Leeyanarahman tidak sensitif, sehingga dianggap cyberbully.

“Tak kecil hati ke dia.. Ruhainies kena tangkap khawat, Marissa tu kahwin, benda baik,” kata netizen.

“Yang kena censor tu sebab ditangkap khalwat tau. Marissa ni kahwin walaupun sondol suami orang, situasi berbeza,” kata netizen lain.

“Ruhainies rakam video sebelum kena tangkap khalwat, sebab tu kena blur. Korang lepas Marissa kahwin terus invite dia jadi model pastu blur kan..,” tulis netizen.

Ramai yang tidak berpuas hati terhadap jenama pakaian muslimah itu kerana mereka mengambil Marissa menjadi model selepas terbabit kontroversi menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam.

Manakala, video Ruhainies yang dikaburkan itu dirakam sebelum dia ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz.

Bagaimanapun, ada juga segelintir daripada mereka yang bersetuju dengan tindakan Leeyanarahman itu untuk mengaburkan wajah Marissa.

Terdahulu, nama Marissa menjadi sebutan hangat di media sosial selepas muncul dakwaan sudah bernikah secara sembunyi tanpa pengetahuan Abby dan Norman di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Abby bagaimanapun dalam sebuah temu bual podcast mengesahkan perkara berkenaan dan meminta anaknya itu segera mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.

Namun begitu, sehingga kini Marissa tidak memberi sebarang respons berhubung gosip pernikahannya itu.

Artikel Berkaitan: Didakwa Menjauh Diri Daripada Abby Abadi, Marissa Kongsi Foto Bersama Ibu Bapa – “Never Fails”

Artikel Berkaitan: Umisya Jadi Model Dengan Suami & Madu, Kakak Sifatkan Jenama Pakaian Terbabit Tiada ‘Common Sense’ – “Dia Tak Tahu Perempuan Ni Shoot Produk Sama”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sambutan Raya 2024 Lebih Mencabar, Umisya Mazlan Terpaksa Mengalah Demi Marissa Dania – “Kena Bahagi Dua”

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Tangkap Basah Bawa Padah, Jenama Produk Kesihatan ‘Censored’ Muka Ruhainies Dalam Iklan

Aqilah Paharuzi