“Besar Nanti Jadi Anak Yang Baik Ya…” – Nasihat Bella Astillah Kepada Ayden Buat Ramai Sebak

Umum sedia maklum, rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz sedang diuji selepas aktor berkenaan ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Susulan kontroversi tersebut, Bella telah memfailkan penceraian kepada Aliff pada 11 Mac, selain turut tidak mengikuti laman Instagram suaminya serta rakan baik, Ruhainies.

Berdasarkan video promosi makanan, Bella sempat menitipkan pesanan kepada putera sulungnya, Ayden Adrean untuk menjadi seorang anak yang baik ketika dewasa nanti.

“Ayden, besar nanti jadi anak yang baik-baik ya. Dengar cakap Mummy,” katanya dalam nada sayu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat Bella bersama kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara Adreanna.

Ramai juga dalam kalangan mereka yang menzahirkan ucapan doa kepada Bella agar dirinya terus kuat menempuhi ujian berat ini.

Terdahulu, selebriti sensasi Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Enggan menyimpan dendam, Bella bagaimanapun telah memaafkan Ruhainies namun tidak akan dapat melupakan episode hitam yang meluluhkan hatinya itu.

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: “Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astillah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Aqilah Paharuzi