“Tak Ada Istilah Terus Bersedih Sebagai Seorang Lelaki, Move On” – Hannah Delisha Keguguran, Imam Shah Cari Kekuatan Dalam Kesakitan

Pelakon kelahiran Singapura, Imam Shah terpaksa menjalani rutin hariannya seperti biasa meskipun masih berduka kehilangan anak dalam kandungan isterinya, aktres Hannah Delisha.

Menerusi ciapan di platform X miliknya, Imam berkata sebagai seorang lelaki dia tidak boleh terus berada dalam keadaan berduka, sebaliknya perlu menguatkan diri untuk meneruskan kehidupan.

“As a man there is no such thing as I’m sad I need a 2 weeks off. You move on, you continue, you deal with shits.

“We don’t have the luxury of oh I don’t feel like it,” tulisnya.

Dalam ciapan lain pula, Imam atau nama lengkapnya Muhammad Imam Shah Abdul Mutalllib berkata dia dan isteri mendapat kekuatan dalam kesakitan selepas kehilangan anak dalam kandungan.

“We will find strength in pain,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menitipkan kata sokongan kepada pasangan selebriti ini atas ujian yang ditempuhi.

Sebelum ini, Hannah memaklumkan mengalami keguguran anak pertama selepas hampir tiga tahun menantikan kehadiran cahaya mata.

Sekadar info, Imam dan Hannah mendirikan rumah tangga pada 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Alami Keguguran, Sempat Titip Semangat Pada Para Wanita – “Semoga Allah Sembuhkan Kita…”

Aqilah Paharuzi