[VIDEO] Penuh Kejutan! Rupanya Halijah Tak Mati Lagi… Akan Ada Rindu Kasih 3?

Belum reda penangan drama fenomena Rindu Kasih 2 yang baru melabuhkan tirai baru-baru ini, kini muncul pula dakwaan akan ada Rindu Kasih 3.

Menerusi perkongsian Instagram, Drama Sangat TV3 memuat naik sepotong video yang mamaparkan babak akhir Rindu Kasih 2 yang tidak ditayangkan di kaca televisyen (TV).

Jika episod akhir lalu menyaksikan watak Halijah terjatuh ke dalam sungai selepas diserang sakit, namun dalam klip yang dimuat naik tersebut memaparkan ada individu yang datang selamatkan Halijah di dalam sungai itu.

Rindu Kasih 2 menyaksikan pengakhiran yang tragis buat Salina apabila kehilangan anaknya, Fayyad dan suami, Amir.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Episod Akhir Rindu Kasih 2 Penuh Tragis, Penonton ‘Mandi’ Air Mata Tengok Derita Salina

Malah, penonton juga ibarat puas apabila watak Halijah lakonan Fazlina Ahmad Daud turut dipercayai meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam sungai di akhir cerita.

Ternyata klip tersebut menimbulkan tanda tanya apakah drama arahan Pali Yahya itu akan disambung kelak?

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Halijah dipercayai masih hidup selepas diselamatkan.

Ada juga yang tidak sabar menantikan sambungan drama yang penuh emosi itu. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan Rindu Kasih 3 bersiaran di Hari Raya nanti.

Rindu Kasih 2 menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Khairil Khusyairi