Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Pelakon, pelawak, dan penyanyi, Salih Yaacob tampil memberi respons berkenaan isu poligami yang sedang hangat diperkatakan semenjak kes tular berkaitan individu bernama Abang Tesla yang meminta izin isteri pertama untuk berkahwin dua. 

Berdasarkan video temubual bersama penyampi radio Feeya Iskandar atau lebih mesra disapa Cik Piah itu, Salih yang mempunyai empat orang isteri itu berkata ilmu poligami sahaja tidak mencukupi, seperti dikatakan oleh Abang Tesla. 

Jelas Salih, poligami perlu seiring dan kuat bersama dengan akidah seorang Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab dengan adil kepada semua isteri.

“Tak cukup belajar ilmu poligami selama tiga bulan. Poligami ini berkaitan dengan akidah juga, kalau akidah tak kuat, tak ada keyakinan macam mana nak melaksanakan perkara yang elok? Mesti ada something yang boleh backup engkau.

“Contohnya, aku kahwin lagi lillahitaala kerana Allah kerana Allah yang pertemukan.” ujarnya lagi. 

Dalam video yang sama, Cik Piah turut berkongsi kenyataan Abang Tesla yang berkata isteri pertama untuk dihargai, manakala isteri kedua untuk dicintai. 

Ketika mendengar kenyataan itu, Salih terus menggelengkan kepala seolah-olah menandakan dia tidak bersetuju dengan pengakuan Abang Tesla itu.

Ujar Salih, sebagai orang Muslim perkara yang paling utama apabila memiliki isteri lebih daripada satu adalah untuk menilai siapakah yang boleh bawa bersama ke syurga.

“Semua mahkluk dimuka bumi ini kena hargai. Jangan nak pilih pilih. Tak ada kena mengena. Yang itu hak dia lah, pelajaran dia macam tu biar lah dia. Tapi tak ada, kena balance. 

“Kita ingat kita mampu untuk berlaku adil, tapi sebenarnya segalanya dorongan dari Allah SWT juga. 

“Dalam ramai-ramai, siapa yang layak kembali ke akhirat besok berama-sama. Ha kena fikir, bukan empat-empat tu akan bersama, langit pun ada tujuh lapis,” akhirnya. 

@cikpiahpotpet

siapa rindu abg salleh? hihi

♬ Kau Tigakan Cinta – Fey Perianata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat peribadi Salih sebagai seorang selebriti mempunyai pengalaman dalam berpoligami. 

Terdahulu, Abang Tesla hangat menjadi perbualan ramai di seluruh platform media sosial selepas tular video meminta izin isteri pertama untuk berkahwin lagi sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen, termasuk golongan selebriti. 

Sekadar info, Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah bercerai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muka Amelia Henderson ‘Meluat’ Temubual Abang Tesla, Netizen Komen: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Aqilah Paharuzi