Pembaca Berita Raymond Goh Masih Hidup, Keluarga Minta Tidak Sebar Berita Palsu – “Masih Menerima Rawatan Di…”

Keluarga penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama sebenar, Mohd Zaman Goh menafikan dakwaan beliau sudah meninggal dunia seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi kenyataan media, isteri Goh, Faridah Teh dan keluarga dimaklumkan masih hidup dan dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Kepada rakan-rakan, media dan penyokong, khabar angin dan laporan tersebar mendakwa pemergian Goh yang tercinta sudah menjadi perhatian keluarga.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa laporan berkenaan palsu sepenuhnya.

“Bertentangan maklumat salah yang tersebar, Goh masih hidup dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Kami memahami kejutan dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh khabar angin ini.

“Tolong abaikan mana-mana sumber atau pihak yang sudah menyebarkan maklumat tidak tepat ini,” katanya.

Sementara itu, Faridah sekeluarga memohon kerjasama orang ramai untuk tidak berkongsi berita palsu, gambar tidak sesuai atau sebarang hantaran berkaitan dakwaan pemergian Goh.

“Kami menggesa semua individu dan media untuk mengesahkan fakta sebelum menyebarkan sebarang berita.

“Kami akan mengemas kini keadaan Goh dari masa ke masa melalui kenyataan rasmi untuk memastikan semua orang dimaklumkan.

“Keluarga menghargai kasih sayang dan sokongan yang diterima Goh sepanjang minggu lalu. Kami memohon anda terus mendoakannya,” jelasnya.

Terdahulu, Faridah berkongsi tentang keadaan Goh yang kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu akibat serangan strok.

Untuk rekod, Goh berkhidmat dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Maya Basir