“Saya Perlu Jaga Soal Pakaian Isteri,  Sebab Akaun Dosa Masuk Pada Saya” – MK K-Clique Perjelas Kenapa Isteri Kerap Berjubah

Pasangan popular, MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar sering mencuri tumpuan lebih-lebih lagi apabila isterinya itu kelihatan selesa mengenakan jubah atau abaya pada setiap acara yang dihadiri.

Menurut pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dia tidak pernah memaksa atau meminta isterinya tampil memakai abaya melainkan ia adalah persetujuan bersama.

Justeru, dia bersyukur kerana melihat isterinya itu selesa dalam busana berkenaan.

“Saya sangat bersyukur melihat penampilan dia pakai Abaya ke mana-mana acara dia pergi. Asalkan dia selesa dan saya juga selesa melihatnya, saya  sudah bersyukur.

“Mungkin akan ada juga nanti orang yang pertikaikan kenapa pakai Abaya sahaja. Pada saya, asalkan baju itu bersesuaian dengan acara yang dihadiri serta situasi ketika itu. Takkan nak pergi naik gunung pun pakai Abaya kan?

“Isteri saya sering pakai Abaya itu atas persetujuan bersama. Dia memang suka pakai Abaya. Saya minta dia pakai begitu dah dia setuju. Saya tak pernah paksa,” katanya.

Tanggungjawab saya jaga pakaian isteri

Memetik laporan OhBulan! MK juga mengaku bahawa penampilan isteri perlu dititikberatkan dan dijaga, kerana itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

“Saya perlu jaga soal pakaian isteri saya, itu sudah menjadi tanggungjawab saya. Sebab akaun dosa akan masuk pada saya.

“Jadi perlu untuk saya jaga soal pemakaian isteri,” jelasnya.

Sebelum ini, MK pernah memberikan pujian bahawa wanita akan kelihatan lebih cantik apabila memakai abaya ketika bersiaran secara langsung di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:MK K-Clique Puji Wanita Kelihatan Cantik Bila Pakai Abaya, Tapi Respons Siti Hajaar Bikin Berdekah – “Lelaki Jangan Salah Cakap, Bahaya!”

ARTIKEL BERKAITAN:MK K-Clique Kongsi Tips Senyum Sampai Telinga – “Taknak Try Pindah Planet Lain Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Jubah Isteri Sambil Jalan Catwalk Persis Model KL Fashion Week, Gelagat MK Bikin Netizen Terhibur! – “Hilang Ciri-Ciri 302 Sekelip Mata”

 

Sumber: OhBulan!

Salma Syahbuddin