“I’m Fallin In Love With #Mimi” – Selepas Berpisah, Bekas Tunang Zarina Anjoulie Tayang Kekasih Baharu?

Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Khazrul Elzey memuat naik foto seorang wanita di akaun TikToknya baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian, kapsyen yang ditulis Khazrul menjadi tanda tanya kepada warganet mengenai hubungannya dengan wanita tersebut.

“Im fallin in love with you #mimi. Thank you #Allah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, ada individu bertanya adakah wanita tersebut bakal menjadi ibu kepada anak perempuannya, Julia Sharapova dia mengiyakan sekaligus mengukuhkan lagi bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang digelar sebagai Mimi.

Dalam pada itu, ada segelintir menyatakan bahawa dia Khazrul cepat mencari pengganti.

Tidak kurang juga yang berharap hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin dan mendoakan kebahagiaan selain menzahirkan ucapan tahniah.

Terdahulu, Khazrul pernah mengikat tali pertunangan dengan Zarina Anjoulie atau mesra di sapa Anju.

Namun, hubungan tersebut tidak berpanjangan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Artikel Berkaitan: Tayang Cincin Di Jari, Hubungan Cinta Zarina Anjoulie & Khazrul Kembali Bertaut?

Artikel Berkaitan: “Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Artikel Berkaitan: “Bunga Tu Daripada…” – Didakwa Get Back Dengan Bekas Tunang, Ini Penjelasan Zarina Anjoulie

Atiqah Johari