Daiyan Trisha Menangis Hujan Turun Usai Tiba Di Makkah, Ukir Banyak Memori Sepanjang Tunai Umrah

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil berkongsi momen sebaknya apabila hujan turun membasahi kota Makkah sebaik dirinya tiba di sana.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Daiyan menerusi sebuah hantaran di Insgram, semalam.

Menurut Daiyan, dia berasa bersyukur dapat merasai nikmat hujan di tanah suci itu dan ingin mengukir banyak memori sepanjang berada di sana.

“Baru sampai, terus hujan. Keeping this here for the memories and a reminder that i’m so lucky and blessed, Alhamdulillah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

 

Fatin Nurain