Impi Tunai Umrah Bersama, Alif Satar Syukur Dapat Jalani Ibadah Haji Dengan Faizal Tahir

Penyanyi dan pengacara Alif Satar tampil meluahkan rasa syukur kerana dapat menjalani ibadah haji bersama sahabat baiknya, Faizal Tahir.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alif menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

Menurut Alif, sebelum ini mereka pernah mengimpikan untuk menunaikan ibadah umrah bersama, namun tidak menyangka mereka ditakdirkan untuk mengerjakan haji bersama pada tahun ini.

“Moment with my brother, Haji FT. Dari dulu, bersembang pasal nak buat umrah sama-sama tak pernah menjadi. Rupanya, kita cuma merancang tapi Dia lah sebaik-baik perancang.

“Yang kelakarnya.. Trip ibadah haji ni, tak pernah bincang sama-sama pun and yet here we are on the day of Arafah naturally using the gift and rizq that Allah SWT has given us and use it on His path.. making doa, praying and answering the call of Hajj.

“Since 2006, till now Hajj 2023. Allahuakhbar, will cherish this forever,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Alif juga sempat berkongsi momennya bersama Faizal mengalunkan talbiah ketika wukuf di Arafah.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Fatin Nurain