Categories: DramaFilem

Kenali Watak-Watak Utama Yang Meriuhkan Filem Original Tonton ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’

Filem original Tonton terbaharu, ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’ menyoroti kisah Faiz, Chong dan Danush yang telah bekerjasama untuk menjalankan misi menyelamatkan haiwan-haiwan ternakan kampung dari menjadi mangsa korban pada hari Raya. Namun, misi mereka ini telah mendapat tentangan oleh orang kampung.

Kehilangan haiwan-haiwan tersebut telah menyebabkan kemarahan orang kampung terhadap tiga sekawan ini. Adakah kanak-kanak cilik ini benar-benar telah berjaya menyelamatkan haiwan-haiwan ini?

Apa yang pasti adalah setiap watak dalam filem ini telah menghidupkan lagi suasana meriah sempena sambutan Aidiladha di kampung. Jom kenali watak-watak utama dalam filem ini.

#1 Faiz (lakonan Umar Shakur)

Faiz merupakan seorang budak bandar yang tidak sombong. Dia adalah seorang yang periang dan sentiasa sarat dengan idea menarik. Dia juga seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kanak-kanak ini juga amat mengutamakan hubungan persahabatan.

#2 Chong (lakonan Camans Kong)

Chong merupakan anak kepada Anita dan Robert. Dia seorang yang mempunyai perwatakan ceria. Chong juga rajin bertanya dan mempunyai daya imaginasi yang kreatif. Maka tidak hairanlah yang dia juga merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah.

#3 Danush (lakonan Rudtra Manivanan)

Danush adalah anak kandung kepada Sangeetha dan anak tiri kepada Kumar. Dia merupakan seorang pencinta haiwan sejati. Dia juga terkenal sebagai seorang yang pendiam. Namun, dalam lubuk hatinya, dia juga mempunyai perasaan. Dia sering berasa terpinggir oleh ibunya yang sering melebihkan ayah tirinya.

#4 Tok Wan (lakonan Kazar)

Tok Wan merupakan datuk kepada Faiz. Dia adalah seorang ahli jawatankuasa masjid yang sering mengimarahkan masjid. Dia sering menyampaikan tazkirah dan memberi nasihat. Namun, atas cara penyampaiannya yang tidak begitu jelas, nasihatnya sering mencetuskan masalah lain. Tok Wan juga kuat merajuk dan rajin membebel.

#5 Sarjan Rahim (lakonan Dato’ Rahim Razali)

Sarjan Rahim adalah seorang bekas tentera yang mempunyai karisma tinggi. Dia juga seorang yang amat tegas. Sarjan Rahim serinh memerhati Faiz, Chong dan Danush untuk memastikan mereka tidak membuat onar lagi.

Cerita Apa? ‘Tiga Sekawan Raya Haji’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan