Impian Sewaktu Kecil Tercapai, Fazura Kongsi Rasa Teruja Berniaga Di Pasar Siti Khadijah

Pelakon dan usahawan popular Nur Fazura, berkongsi rasa teruja selepas impian untuk bergelar peniaga berjaya direalisasikan ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di YouTube MyFazura, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkongsi pengalaman menjual sayur-sayuran segar di salah satu kedai yang dikunjunginya.

“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual.

“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,” katanya.

Selain itu, video yang berdurasi 26 minit itu turut menyaksikan perjalanan Fazura melakukan beberapa aktiviti menarik di negeri itu ketika berkunjung ke rumah juru mekap peribadinya untuk menyambut Aidiladha di sana.

Perkongsian tersebut juga mendapat pelbagai respons positive daripada peminatnya yang memuji sifat peramah dan merendah dirinya.

“Very humble & inspiring fazura,” komen seorang pengikutnya.

“Fazura baik hati, tidak sombong,” tulis seorang peminatnya.

“Sukanya tengok how Faz socialize dekat mana pun. kita ni senyum ja tengok dari mula sampai habis,” komen seorang pengikutnya.

Fatin Nurain