Nora Danish Syukur Ada Suami Yang Tenang Biarpun Sering Dikecam Netizen

Pelakon Nora Danish, meluahkan rasa syukurnya kerana suaminya, Nedim Nazri Aziz tidak mudah melenting apabila dirinya sentiasa dikecam netizen.

Menurut Nora, suaminya seorang yang memahami, tenang dan sentiasa menyokongnya agar melalui dugaan dengan tabah.

“Saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti. Jadi dia kena faham selok-belok dalam industri hiburan macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

“Lagipun inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama beri sokongan. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif,” katanya.

Nora juga sering menjadi mangsa kecaman netizen kerana penampilannya yang dikatakan seksi, namun pelakon itu menganggap mereka berhak menyuarakan pendapat tentang dirinya.

“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari pasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat. Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain