Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Heboh di serata media sosial sejak pagi tadi mepertikaikan status pangkat suami selebriti terkenal, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Tiada angin tiada ribut, nama Mahadi menjadi bualan hangat netizen selepas seorang individu mendakwa gelaran ‘Datuk Seri’ dimilikinya palsu.

Hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook milik individu berkenaan tular serta meraih perhatian netizen yang mempertikaikan status suami Heliza, yang juga aktivis kemanusiaan.

Menerusi entri berkenaan, individu tersebut tidak pasti sama ada bisnes pelaburan yang dijalankan oleh Mahadi sah ataupun tidak.

“Siapa Mahadi Badrul Zaman Ni? Ramai gila orang tag-tag, mesej-mesej tanya pasal husband Heliza Helmi ni. Saya tak tahu sangat dia meniaga apa. Tapi kalau tengok poster yang dia forward ni, dia meniaga produk financial,” dakwanya.

Sementara itu, dalam hantaran yang sama individu tersebut mendakwa dia turut membuat semakan di laman web rasmi sistem istiadat mengenai gelaran Datuk suami Heliza.

“Cuma, saya ni skeptikal sikit dengan title Datuk Seri atau Datuk ni. Hal ini buat saya red flag orang. Kenapa nak pakai title Datuk kan?

“Jadi, saya pun tolonglah check dekat istiadat. Khabarnya si Mahadi ni pakai title Tok Sri kan? Scroll, search tak jumpa apa pun.

“Saya check dekat istiadat tak jumpa, ada siapa jumpa? Kalau jumpa tolong update saya,” dakwanya.

Individu tersebut turut memuat naik tangkapan skrin hasil carian status Datuk di laman web rasmi sistem Istiadat berkenaan dan mendakwa tiada rekod dijumpai.

Meninjau di ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang mendakwa mereka telah lama tahu mengenai status Datuk suami Heliza yang didakwa palsu.

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Heliza mahupun Mahadi mengenai kontroversi ini.

Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga dengan Mahadi yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 1 Januari lalu.

Aqilah Paharuzi