Individu Burukkan Nama Arwah Siti Sarah, Dakwa Shuib Ahli Organisasi ‘F’, Ini Respons Padu Tuan Badan – “Tunggu Kenyataan Dari Pihak Legal Saya”

Pelawak Shuib tampil memberikan respons padu kepada individu yang mendakwanya sebagai seorang ahli organisasi ‘F’ dalam sebuah hantaran di Facebook.

Terdahulu, individu terbabit telah mendakwa Shuib sebagai salah seorang ahli organisasi tersebut selepas gambarnya bersama isterinya, Watie yang menutup mata kanan mereka tular di platform itu.

Lebih menyentuh hati, individu tersebut turut membuat kenyataan berunsur negatif berkenaan Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Shuib, kenyataan yang dibuat oleh individu tersebut berunsurkan fitnah dan keterlaluan apatah lagi melibatkan nama baik arwah isterinya, Siti Sarah.

“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.

“Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang, Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya,” katanya.

Sumber: Gempak

 

 

Fatin Nurain