Individu Keluar Kenyataan Biadap & Fitnah Melampau Akhirnya Tampil Hubungi Shuib

Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Shuib akhirnya memaklumkan, individu yang didakwa memfitnah dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin akhirnya tampil menghubunginya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib, 39, berkata, individu itu telah menghubunginya dan mengaku perbuatannya.

“Alhamdulillah, saya dah dapat bercakap dengan dia. Insya-Allah, kami akan bertemu esok untuk mendengar penjelasan atas tindakannya itu,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Didakwa Ahli ‘F’, Shuib Hilang Sabar! Gesa Individu Tabur Fitnah Bersua Muka – “Ada Masa 24 Jam, Meh Cari Aku!”

Terdahulu, Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad ada berkongsi hantaran terkini menerusi Instagram miliknya berkenaan kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit.

Malah, dia juga nekad untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut susulan fitnah melampau yang ditujukan untuk dirinya dan arwah isterinya.

“Assalammualaikum @john.dihani ,terkesan sungguh saya dengan posting dan komen-komen awak yang sememangnya 100% fitnah!

“Fitnah yang terlalu melampau untuk saya dan arwah isteri saya, Siti Sarah Raissuddin! Jangan tahu menulis, memfitnah tapi bila saya DM awak, awak delete DM saya.

“Insya-Allah kita mesti jumpa bertentang mata. Ini adalah terlalu biadap!”jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pelawak itu menyokong tindakan yang bakal diambil Shuib bertujuan memberi pengajaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

 

Sumber: Harian Metro, Instagram

Salma Syahbuddin